________________________________ Sistem Rekod Log Penggunaan Komputer (SisLog) - KOMUNITI JURUTEKNIK KOMPUTER SANDAKAN

Terkini

Wednesday, 5 February 2020

Sistem Rekod Log Penggunaan Komputer (SisLog)

Program ini direka khas buat mereka yang bekerja di SEKOLAH
Pengenalan Sistem Rekod Log Penggunaan Komputer (SisLog)
Sistem ini membantu merekod log penggunaan setiap komputer yang disambungkan melalui rangkaian (network). Sistem ini juga menggantikan “BUKU LOG PENGGUNAAN KOMPUTER” yang berada di Makmal-makmal komputer, Pusat Akses dan ditempat lain yang mempunyai rangkaian komputer setempat (LAN) mahupun (WAN).
Kelebihan Sistem SisLog?
    – Dapat merekod log penggunaan komputer dengan lebih efisyen. – Dapat menganalisis data log secara professional. – Dapat menjana laporan harian, bulanan dan juga tahunan dengan lebih terperinci. – Dapat menjimatkan masa serta kos untuk membuat “BUKU LOG” yang berada di makmal komputer. – Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mempraktikkan budaya celik IT dan seterusnya dapat meningkatkan mutu kerja seharian.



Platfom
Sistem ini ditulis diatas platfom Microsoft Windows, jadi hanya platfom Windows sahaja yang boleh gunapakai sistem ini. Kepada mereka yang menggunakan Mac OS, Linux, dan selain dari itu minta maafla yer. Mungkin akan datang akan ada versi platfom sedemikian pulak. Insyaallah..
Keperluan Minima Sistem
    – Microsoft Windows 98 ke atas. – Microsoft Office 2000 ke atas. – 64 MB RAM ke atas.