________________________________ CELCOM DAN DIGI BERHASRAT BERGABUNG MENJADI PENYEDIA PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI TERBESAR MALAYSIA - KOMUNITI JURUTEKNIK KOMPUTER SANDAKAN

Terkini

Monday 6 May 2019

CELCOM DAN DIGI BERHASRAT BERGABUNG MENJADI PENYEDIA PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI TERBESAR MALAYSIA

Celcom Digi









Axiata dan Telor hari ini telah mengumumkan hasrat yang mana mereka akan menyatukan operasi kedua-dua syarikat berkenaan di rantau Asia, sekaligus membolehkan syarikat baru berkenaan kelak menjadi antara syarikat gergasi di rantau Asia Tenggara.

Pada pengumuman berkenaan juga, pihak Axiata mengumumkan perancangan yang mana Celcom Axiata Berhad dan juga Digi.com Berhad akan digabungkan, sekaligus menjadi syarikat telekomunikasi mudah-alih terbesar di Malaysia.
Buat masa ini, pengumuman hasrat penyatuan ini masih 
pada peringkat cadangan awal. Seperti biasa, ia masih tertakluk kepada persetujuan Axiata dan Telenor, pengesahan daripada pihak berkuasa, selain penerimaan daripada kedua-dua pihak sebelum ia dijayakan.
Diterbitkan pada 2 jam lepas oleh .